Tips 7 : Contoh switch case bersama combo box

Seseorang bertanya, apakah contoh yang sesuai untuk control structure switch case. Jawab saya, “contoh yang paling sesuai penggunaan switch case apabila kita menggunakan combo box pada jFrame windows”


Pengguna boleh memilih item dari combo box Makanan  dan secara automatik akan mempamerkan harga menu makanan yang dipilih pada textfield Harga. Di bawah ditunjukkan contoh yang lengkap penggunaan switch case pada combo box.

private void cboMakananItemStateChanged(java.awt.event.ItemEvent evt) {

String strHarga = “”;
switch (cboMakanan.getSelectedIndex()) {

case 0 :

strHarga = “4.50”;

break;

case 1:

strHarga = “3.00”;

break;

case 2:

strHarga = “5.00”;

break;

case 3:

strHarga = “5.00”;

break;

}

txtHarga.setText(strHarga);

}

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Bahan tambahan buku SK

Jika anda membeli lebih dari 15 buku atau lebih
Sains Komputer Tingkatan 4 edisi pelajar

anda layak untuk mendapatkan semua bahan tambahan
yang di senaraikan di bawah ini

1. Membeli buku edisi guru
jawapan lengkap kepada semua latihan dalam buku edisi pelajar
harga RM15 jika membeli 40 buah buku edisi pelajar ke atas diberi percuma

2. Panduan menggukan java IDE, Dr Java…
a) 9 slot video

3. Panduan menggunakan java IDE, Netbeans untuk menghasilkan GUI
a) fail pdf   –  netbeans.pdf – untuk dicetak dan diedarkan kepada pelajar
b) video  – netbeans.mp4

4.  Contoh jawapan kepada buku teks sains komputer tingkatan 4

a) Latihan Formatif 1.3
b) Latihan Formatif 1.4
c) Latihan Formatif 1.5
d) Latihan Formatif 1.6
latihan formatif yang lain dalam proses

5. Slide powerpoint

a) Computational Thinking

Sila klik pada link di bawah

Bahan Tambahan Buku SK

Posted in Buku | Leave a comment

Tips 6 : Menetapkan saiz jFrame dan berada di tengah Skrin

Seseorang bertanya kepada saya, apabila menggunakan netbeans, dia dah berjaya membuat program menggunakan jFrame. Tapi pasal apa bila kita run kelihatan windows yang dihasilkan tidak mengikut saiz yang kita inginkan dan  macamana pula nak biarkan windows kita berada di tengah-tengah skrin.

Saya pun menjawab, sila ikut arahan di bawah ini

Untuk menetapkan saiz windows….

a) Klik pada jFrame windows

b) Kemudian Klik pada code tab

c) Pada pada Form Size Policy, pilh Generate Resize Code

Untuk window berada di tengah-tengah skrin, buat arahan di bawah

a) Pada bahagian Generate Center – Tandakan right

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Tips 5 : Absolute Layout

Apabila anda memasukkan komponen seperti jTextField, jButton, jTextArea, jComboBox…didapati saiznya berubah-ubah….dan kedudukan button pun berubah-ubah semasa membuat design.

Untuk menetapkan saiz dan kedudukan komponen anda boleh memilih Absolute Layout…

Right click pada jFrame windows, pilih Set Layout, Absolute Layout

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Tips 4 : Menghadkan titik perpuluhan

Untuk menghadkan nombor perpuluhan kita perlu guna class

Decimal format

Untuk menggunakan class ini kita perlukan kenyataan import
import java.text.DecimalFormat;

di bawah adalah contoh program lengkap

import java.util.Scanner;
import java.text.DecimalFormat;

public class HasilBahagiDuaNombor {
public static void main (String[] args) {

double no1, no2, hasilBahagi;

DecimalFormat df = new DecimalFormat(“#.##”);
Scanner input = new Scanner(System.in);

System.out.println(“Masukkan nombor pertama:”);
no1 = input.nextDouble();

System.out.println(“Masukkan nombor kedua:”);
no2 = input.nextDouble();

hasilBahagi = no1 / no2;

System.out.println(“Hasil bahagi : ” + df.format(hasilBahagi));
}
}

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Kursus Java

Kursus Java Programming….Untuk JU-JU negeri selangor….diadakan pada 7/8/2016 di SMK Syeksyen 19 Selangor.

Jika guru-guru berminat untuk mengadakan kursus Java…sila hubungi saya…Cikgu Ismail 019-4636171

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Tips 3 : Penggunaan simbol { } curly bracket

Terdapat 3 jenis bracket

[    ]    Square bracket
(    )    Round bracket
{    }   Curly bracket

Square bracket digunakan bersama-sama dengan array (tatasusunan)
Round bracket digunakan bersama method (fungsi)
Curly bracket digunakan untuk membuat block aturcara

Contoh penggunaan 1 : Badan struktur kawalan if-else
Jika terdapat banyak penyataan pada badan if maka anda perlu menggunakan curly bracket contoh

if (markah > 50) {
System.out.println(“Tahniah!”);
System.out.println(“Anda lulus”);
}
else {
System.out.println(“Sila cuba lagi!”);
System.out.println(“Anda Gagal”);
}

Jika hanya satu pernyataan sahaja pada badan if anda tidak perlu menggunakan curly bracket. Contoh

if (markah > 50)
System.out.println(“Lulus”);
else
System.out.println(“Gagal”);

Contoh penggunaan 2 : Badan main dan badan class;

import java.util.Scanner;
public class PaparNama{
public static void main(String[] args) {
System.out.println(“Masukkan nama “);
Scanner input = new Scanner(System.in);
String nama = input.nextLine();
System.out.println(“Nama anda ialah ” + nama);
}
}

Perhatian:

Anda perlu berhati-hati kerana curly bracket ada pasangannya…..Jika tidak cukup pasangannya maka java compiler akan keluarkan error.

 

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Pelancaran Buku Sains Komputer Ting 4

    Pelancaran buku Sains Komputer Tingkatan 4 Pada Minggu Keempat Bulan April 2017. Kepada guru-guru yang ingin membuat tempahan…sila hubungi pengarang melalaui WhatsApp…..Cikgu Ismail, 019-4636171

Jika tempahan melebihi 15 buah anda akan diberikan bahan tambahan….video, source code java, dan flowchart,  dan semua jawapan kepada soalan dalam buku ini. Tambahan lagi fail jawapan bagi buku teks sk.

Antara kandungan buku

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Tips 2 : Properties Windows dan Palette Windows hilang

Adakalanya semasa penggunaan netbeans pelajar secara tidak sengaja klik pada butang close pada windows yang penting seperti project windows, navigator windows, palette windows dan properties windows.

Di sini disertakan cara untuk mengembalikan windows-windows tersebut

Dari menu Window, pilih windows yang anda kehendaki

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Tips 1 : Membesarkan font pada ruangan output Netbeans

Bagaimana membesarkan font pada bahagian output pada Netbeanspastikan mouse pointer berada pada bahagian output netbeans…..gerakkan mousewheel ke atas.

Posted in Berita Utama | Leave a comment

Kursus Robotik Arduibot

Kursus robotik arduino yang dijalankan di sekolah SMK Pendang, Kedah pada tarikh : 21/3/2017 Hari Selasa minggu cuti yang lepas.. SMK Pendang telah membeli sebanyak 4 robot.

         

Tujuan kursus ini untuk membantu pelajar-pelajar Sains Komputer Tingkatan 4….memahami asas programming…

Arduino..menggunakan C language…lebih kurang macam java….

Pelajar-pelajar nampak ceria dan teruja dengan kursus ini…

lampu LED menyala, robot bergerak ke depan, kiri dan kanan…..sudah tentu menarik minat pelajar-pelajar untuk membuat programming….

Harga satu robot arduino RM400.

Jika membeli 4 robot atau lebih saya akan datang ke sekolah tuan-tuan dan membuat training secara percuma untuk guru dan pelajar. Cuma tolong keluarkan sedikit belanja tol & minyak = RM150 dan sewa homestay RM150. Untuk jimat kadang-kadang cikgu-cikgu boleh berpakat dengan guru-guru di daerah tuan-tuan, jadi kos perjalanan dan penginapan boleh dikongsi. Paling terbaik….kursus nie memakan masa selama 2 hari. Jika tak sempat boleh sehari je..

Buku panduan programming arduino dan cara-cara pemasangan robot disediakan….

Untuk mereka-mereka yang berminat untuk mengadakan kursus robotik arduino boleh menghubungi Cikgu Ismail bin Shaari, 019-4636171

Posted in Berita Utama | Leave a comment