Tips 25 : menukar warna background pada button (netbeans)

Ada kalanya kita nak tukar warna background button mengikut event di bawah adalah arahannya. Contohnya nak tukar warna background btnKira.

Bila mouse pointer masuk ke kawasan button eventnya dinamakan MouseEnter

Bila mouse pointer keluar dari kawasan button eventnya dinamakan MouseExit

Maksudnya kita nak buat supaya bila mouse pointer masuk ke dalam kawasan button, button akan bertukar warna. Dan apabila mouse pointer keluar warna button kembali ke warna asal.

Untuk memilih event, right click pada button, pilih events, pilih pula mouse

private void btnKiraMouseEntered(java.awt.event.MouseEvent evt) {
Color royalBlue = Color.decode(“#4169E1”);   // senarai kod boleh cari kat internet
// html color name
btnKira.setBackground(royalBlue);
}

private void btnKiraMouseExited(java.awt.event.MouseEvent evt) {
btnKira.setBackground(null);  // kembali ke warna asal
}

untuk memilih beberapa warna tersedia, boleh guna arahan di bawah ini

btnKira.setBackground(Color.PINK);

jangan lupa import class Color. Bila menggunakan netbeans boleh dilakukan secara automatik.

 

 

 

This entry was posted in Berita Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *