Tips 22 : Apa maksud i % 2 == 1 buku teks SK ms 93

Seseorang bertanya, “Boleh tolong terangkan apa maksud if ((i % 2) == 1) dan simbol % apa maksudnya dlm buku teks m/s 93”

Jawapan saya
simbol % dinamakan modulus or remainder operator
tujuan simbol itu untuk mencari baki bila membahagi dua nombor

contoh
11 % 4 = 3
17 % 5 = 2
7 % 2 = 1
6 % 2 = 0

Sesuatu nombor bila boleh dibahagikan dengan 2 yang mana bakinya = 0 adalah nombor genap.

Sesuatu nombor bila boleh dibahagikan dengan 2 yang mana bakinya = 1 adalah nombor ganjil.

Jika kita nak senaraikan semua nombor ganjil di antara  1 hingga 100

for (int i = 1; i <= 100; i++)
if (i % 2 == 1)
System.out.println(i);

This entry was posted in Berita Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *