Tips 16 : Apa beza final double dan static final double…

Saya minta maaf, sebab saya dah beritahu semua bahawa static variable tu suatu kesilapan. Sebenarnya tidak. Pembetulan.

Dibawah adalah perbezaannya….

Apabila kita hendak  isytihar variable di luar static function maka variable tersebut perlu diisytiharkan sebagai static juga. Barulah variable tu boleh dicapai.

Jika static keyword tidak digunakan maka variable itu hanya boleh dicapai di dalam static function sahaja.

Jadi kita lihat kat sini, bahawa seolah-olah di dalam satu kelas untuk menerangkan konsep global variable dan local variable. Tapi sebenarnya ianya semua berada dalam satu class sahaja. Konsep global variable tak wujud sebenarnya apabila kita menggunakan pendekatan object oriented programming.

Dibawah adalah contoh lengkap apa yang saya maksudkan.

public class StaticVsNonStatic {
static double variableX = 7.0; // static variable diisytihar di luar static function

public static void main(String[] args)
{
cetakNombor1();
cetakNombor2();
}

static void cetakNombor1() {
double variableY = 10.0; //non static variable diisytihar di dalam static function
System.out.println(“Ini adalah nilai static variable ” + variableX);
System.out.println(“Ini adalah nilai non static variable ” + variableY);
}

static void cetakNombor2() {
double variableY = 75.0; //non static variable diisytihar di dalam static function
System.out.println(“Ini adalah nilai static variable ” + variableX);
System.out.println(“Ini adalah nilai non static variable ” + variableY);
}
}

Untuk menjawab persoalan tadi apa bezanya final double dan static final double…
bila kita letakkn keyword final…bermaksud kita dah tukar dari variable kepada constant. Nilai variable yang ada keyword final tidak boleh diubahkan. Ianya tetap dan tidak berubah sepanjang perlaksanaan program. Konsep static dan non static saya terangkan di atas.

This entry was posted in Berita Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *