Tips 15 : Belajar programming perlu kesungguhan dan mengambil masa yang lama

Seseorang bertanya kepada saya, “Boleh tak kita belajar programming dalam masa sehari”
Saya menjawab “Kalau belajar application software, seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Powerpoint nie boleh sehari, esok atau dalam seminggu maka kita terus pakar “. Belajar application nie mudah, sebab kita hanya perlu tahu kat mana untuk kita pilih arahan. Tak perlu fikiran yang tinggi-tinggi. Perlukan pemikiran aras rendah sahaja.

Biasanya bila kita pergi kursus java programming, penceramah hanya akan menunjukkan pada kita bagaimana nak mula….software apa nak install, kat mana nak taip source code dan macamana nak compile seterusnya macam mana nak run. Penceramah akan terangkan sikit-sikit dengan contoh-contoh ringkas. Tapi perkara inilah yang sangat penting. Setelah kita tahu, kita dah boleh mencuba…program yang lain. Kita dah boleh mencuba sendiri contoh2 yang lain.

Taxonomy bloom

  • Remember (Knowledge)
  • Understand (Comprehension)
  • Apply (Application)
  • Analyze
  • Evaluate
  • Create

Lihat pada taxonomy bloom, subjek SK berada kat tingkatan yang paling tinggi…Create.

Jadi jika nak pandai, kita perlukan masa yang lama untuk fahamkan perkara asas dalam programming iaitu variable, constant, datatype, operator, function, array, control structure if-else, if-elseif, for loop, while loop, class dan sebagainya. Kita perlu teliti dan fahamkan perkara asas nie satu persatu terlebih dahulu.

Dengan menggunakan pengetahuan inilah barulah kita boleh apply (aras 3)  atau create (aras 6). (Apply….maksudnya apply knowledge…..jika tak ada knowledge (pengetahuan)…apa yang nak kita apply…macamana nak apply)

Inila cabaran yang dihadapi, seseorang yang hendak belajar programming perlu mahir perkara-perkara asas yang saya sebutkan tadi. Barulah mereka boleh mencipta sesuatu. Barulah mereka boleh faham programming dan menghasilkan program.

Cadangan saya

Salah satu cara belajar programming ialah kita belajar melalui contoh. Belajar sedikit demi sedikit dan kemudian minta tunjuk ajar dari yang pakar. Insyallah kita boleh berjaya. Belajar dengan melihat contoh-contoh. Tiru program orang lain dulu. Kemudian bila dah tahu dan faham barulah kita boleh mencipta program kita pula.

Jadi, belajar programming perlu keazaman yang kuat, tak mudah putus asa, dan memerlukan masa yang panjang.

Semoga berjaya. Selamat belajar Java Programming.

This entry was posted in Berita Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *