Tips 12 : Nak buat program Java!!! Apa yang perlu nak install!!

Seorang bertanya lagi pada saya, “Saya nak mulakan membuat program java, apa perkara yang perlu ada kat komputer saya”.

Saya pun menjawab, Perkara penting yang perlu ada ialah java JDK…buat masa sekarang java JDK8….install yang ini dulu. Pililh Java SE Development Kit 8. Download mengikut jenis operating system yang anda gunakan. Install JDK8 dulu.

Java JDK adalah satu perkara yang wajib dan penting yang perlu kita install sebab dalamnya ada java compiler. Yang lain-lain kita tak perlu install pun tak mengapa….kita boleh gunakan text editor yang sedia ada kat windows iaitu notepad. Nak canggih lagi download notepad++.

Taip kod aturcara dalam notepad…kemudian save. Kita kena keluar dulu dari notepad pergi ke command prompt untuk proses mengkompil dengan java compiler. Kemudian boleh buat arahan untuk run. Jadi tanpa cikgu install apa-apa pun,  cikgu boleh buat java programming dan boleh run macam biasa.

Tapi bila guna notepad….jadi susah….sebab text editor lain tempat….lepas tu nak compile pula lain tempat…nak run pula lain tempat…kan susah jadinya…..lebih baik cikgu gunakan IDE…Intergrated Development Environment.

Java IDE ada banyak.
1. Netbeans
2. eclipse
3. BlueJ
4. IntelliJ IDEA
5. Dr Java
6. jGrasp ….dan lain-lain….
semuanya ada kelebihan masing-masing…

Bila kita gunakan IDE proses untuk menyiapkan java programming menjadi mudah. Kita taip kod aturcara dan kemudian terus compile….dan run program java…dalam satu tempat atau single User Interface.

Macam kami kat Negeri Perak….kami gunakan Dr Java….untuk belajar java tanpa ada GUI cuma guna standard output je…(nota : dr java tak perlu nak install bila download boleh terus guna)
Kemudian untuk lakukan projek yang lebih canggih melibatkan GUI nak guna button, textfield, combobox dan lain-lain kami gunakan Netbeans…nak guna dr Java nak buat button, textbox pun boleh…tapi payah sikit…full programming….tak ada kemudahan drag n drop..Kami guna Netbeans.

Netbeans ada kemudahan GUI builder…yang dapat memudahkan java programming. Dengan menggunakan GUI builder ni, component yang hendak digunakan seperti textfield, combobox, label, button boleh drag n drop macam Visual Basic.

Jadi kami kat Perak, guna dua IDE je iaitu Dr Java dan Netbeans.

Nota : Nak gunakan eclipse pun boleh kerana ada WindowsBuilder lebih kurang sama macam Netbeans.

Selamat mencuba dan membuat Java Programming. Tahniah kerana ingin mencuba.

This entry was posted in Berita Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *